Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

19 October 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

43

Soalan

Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah komposisi sumber tenaga elektrik negara kita dan apakah projeksinya menjelang tahun 2030. Apakah angka terperinci bagi setiap negeri.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Di peringkat Kementerian, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan, Pelaksanaan dan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) yang dipengerusikan oleh YB Menteri yang bertanggungjawab dalam pembekalan elektrik negara dan dilaksanakan sekurang-kurangnya satu kali dalam tempoh setahun. JPPPET memainkan peranan-peranan berikut:

(i)       menentukan perancangan pembekalan tenaga elektrik serta hala tuju industri bekalan elektrik negara, yang merangkumi Semenanjung dan Sabah (termasuk Wilayah Persekutuan Labuan). Walau bagaimanapun, bagi negeri Sarawak, ia tertakluk kepada Ordinan Elektrik Sarawak tahun 1999; 


(ii)   menentukan dasar mengenai campuran bahan api (fuel mix) untuk kegunaan sektor elektrik agar sumber tenaga negara dapat digunakan secara optimum;


(iii)           menentukan dasar mengenai keselamatan bahan api (fuel security) bagi industri penjanaan bekalan elektrik; dan


(iv)           mengkaji semula serta menyusun industri bekalan elektrik.


  Melalui JPPPET, unjuran Pelan Pembangunan Penjanaan (Power Development Plan – PDP) untuk tempoh 20 tahun akan datang telah dirancang berdasarkan kepada unjuran permintaan keperluan bekalan elektrik di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Perancangan pembekalan elektrik melalui PDP ini menekankan keseimbangan elemen-elemen yang dinyatakan di dalam energy trilemma iaitu Energy Security, Sustainability dan Affordability

Berdasarkan kepada PDP yang telah diluluskan dalam Mesyuarat JPPPET tahun 2022 pada 7 Februari 2023, pecahan campuran kapasiti sumber tenaga elektrik pada tahun 2023 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah seperti Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Pecahan Campuran Kapasiti Sumber Tenaga Elektrik pada Tahun 2023 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Bil.

Jenis Sumber Tenaga

Semenanjung

(MW)

Sabah

(MW)

Sarawak

(MW)

1.

Arang Batu

12,061

-

901

2.

Gas

12,573

961.38

1,050

3.

Tenaga Boleh Baharu

6,732

120.25

3,558

4.

Diesel/ Medium Fuel Oil (MFO)

-

465.98

 

56

JUMLAH

31,366

1,547.61

5,565

Manakala, pecahan unjuran campuran kapasiti sumber tenaga elektrik pada tahun 2030 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah seperti Jadual 2 berikut:

Jadual 2: Pecahan Unjuran Campuran Kapasiti Sumber Tenaga Elektrik pada Tahun 2030 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Bil.

Jenis Sumber Tenaga

Semenanjung

(MW)

Sabah

(MW)

Sarawak

(MW)

1.

Arang Batu

10,580

-

821

2.

Gas

14,415

1,164

3,519

3.

Tenaga Boleh Baharu

12,714

988.05

4,843

4.

Diesel/ Medium Fuel Oil (MFO)

-

-

-

JUMLAH

37,709

2,152.05

9,183


Berdasarkan kepada campuran kapasiti sumber penjanaan tenaga elektrik negara pada tahun 2023, negara bergantung kepada dua sumber bahan api fosil utama, iaitu gas dan arang batu. Sumber bahan api fosil ini adalah penting bagi memastikan bekalan elektrik yang mencukupi dan berdaya harap serta mengekalkan kos penjanaan yang kompetitif.

  Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada unjuran campuran kapasiti sumber penjanaan tenaga elektrik negara pada tahun 2030, negara dijangka akan bergantung kepada sumber gas dan tenaga boleh baharu (TBB). Peralihan sumber penjanaan berasaskan arang batu kepada TBB adalah selaras dengan komitmen Kerajaan di bawah Perjanjian Paris 2015 untuk mengurangkan 45% intensiti pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gas) menjelang tahun 2030 berbanding intensiti pada tahun 2005 dan mencapai aspirasi sifar bersih seawal-awalnya pada tahun 2050.

Selain itu, peningkatan kapasiti sumber TBB dalam penjanaan tenaga elektrik juga adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Mei 2023 yang telah bersetuju supaya kapasiti penjanaan TBB ditingkatkan kepada kira-kira 70% menjelang tahun 2050. Peningkatan kapasiti TBB ini juga akan membolehkan lebihan kapasiti yang dijana, didagangkan merentas sempadan dengan negara jiran di rantau ini berdasarkan mekanisme yang akan ditetapkan Kerajaan, seterusnya menjayakan hasrat untuk merealisasikan agenda ASEAN Power Grid (APG).

Sekian, terima kasih.

Attachments