Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk meneruskan projek tebatan banjir lembangan Sungai Pinang di Jelutong, Pulau Pinang yang pada mulanya diumumkan pada RMK-7 dengan jumlah anggaran perbelanjaan RM600 juta dan kemudian diumumkan di bawah RMK-11 dengan jumlah anggaran perbelanjaan sebanyak RM150 juta tetapi tidak dinyatakan langsung dalam Kajian Separuh Penggal RMK-12 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 11 September 2023 dan belum dilaksanakan lagi.