Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

25 October 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

3

Soalan

Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah tindakan diambil untuk membina struktur Penahanan Tebing Batang Sadong di Kampung Hilir Serian yang sudah runtuh dan merbahaya.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil tindakan dengan membina struktur Penahan Tebing Batang Sadong di Kampung Hilir Serian, melalui kerja-kerja pembaikan sementara. Kerja pembaikan ini telah dibuat menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri Sarawak daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. 

  2. Kerja pembaikan sementara ini telah dilaksanakan pada 24 Julai 2023 dan siap pada 15 September 2023 dengan kos sebanyak RM499 ribu. Projek ini merangkumi skop kerja pembaikan semula tebing runtuh, dengan pembinaan jalan raya bertar menggunakan “piled embankment”, sepanjang 50 meter serta pembinaan hakisan tebing sungai menggunakan “rock dumping” sepanjang 70 meter.

  3. Selain itu, cadangan Projek Pemuliharaan Batang Sadong di Kampung Hilir, Bahagian Serian, Sarawak telah dikemukakan di bawah Rolling Plan 4 (RP4 2024). Permohonan ini melibatkan pembinaan struktur perlindungan hakisan tebing sungai telah diangkat kepada Kementerian Ekonomi untuk pertimbangan dan kelulusan.

  4. Pelaksanaan projek ini adalah komitmen Kerajaan untuk mengatasi masalah hakisan tebing sungai dengan lebih efektif dan berkekalan. Ia akan memberi manfaat kepada komuniti setempat dan melindungi kawasan daripada risiko hakisan, menjadikannya lebih selamat dan mampan. 

Sekian, terima kasih.​

Attachments