Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

25 October 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

17

Soalan

Tuan Wong Kah Woh [ Taiping ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan strategi Kerajaan untuk mencapai sasaran terpilih KSP RMK-12 yang menetapkan 31% kapasiti terpasang tenaga boleh baharu dengan mengambil kira sumber tabung TBB yang akan menjadi semakin berkurangan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mencapai sasaran 31% kapasiti terpasang tenaga boleh baharu dalam pembekalan elektrik negara sebagaimana dalam RMK-12, Kerajaan akan melaksanakan strategi berikut:

  1. Penetapan halatuju dan sasaran TBB tahunan;

  2. Meneruskan dan memperkukuhkan pelaksanaan program TBB sedia ada berdasarkan keperluan semasa;

  3. Memperkukuhkan tadbir urus dan kawal selia industri TBB;

  4. Mengiktiraf Penggiat Industri TBB di Peringkat Nasional dan Antarabangsa; dan

  5. Pelaksanaan Program Communication, Education & Public Awareness (CEPA) TBB.


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, hanya pelaksanaan program di bawah mekanisme Feed-in Tariff yang merangkumi penjanaan daripada sumber bukan solar yang memerlukan pembiayaan daripada Tabung Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu, sehubungan itu, jumlah kutipan yang berkurangan tidak mempunyai implikasi yang signifikan terhadap perancangan pelaksanaan program TBB negara secara keseluruhan.

 

Sekian, terima kasih.

Attachments