Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

25 October 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tanah, Ukur dan Pemetaan, Geospatial

Nombor Soalan

20

Soalan

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [ Temerloh ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan berapa peratus jumlah tanah dan aset yang telah menjadi milik kekal pada warga asing atau syarikat asing mengikut negeri-negeri di seluruh negara bermula tahun 2020 sehingga 2023.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Selaras dengan kerangka perundangan semasa, hal ehwal tanah adalah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri. Perolehan tanah oleh bukan warganegara atau sebuah syarikat asing perlu mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri menurut peruntukan Bahagian 33A, Kanun Tanah Negara [Akta 828]. Dengan punca kuasa ini, permohonan pindahmilik dan pendaftaran hakmilik yang melibatkan bukan warganegara atau syarikat asing diurus dan diselenggara oleh Pihak Berkuasa Negeri masing-masing. 


Kementerian ini melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) hanya mempunyai maklumat berkaitan tanah-tanah untuk maksud Persekutuan serta maklumat lain berkaitan bidang tugas di bawah JKPTG. Oleh yang demikian, maklumat pemilikan tanah dan aset warga asing atau syarikat asing boleh diperolehi dengan merujuk Pihak Berkuasa Negeri berkaitan. 


Sekian, terima kasih.​

Attachments