Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan aspirasi Kerajaan dalam meningkatkan kapasiti sistem solar sehingga kira-kira 40GW menjelang tahun 2050, sisa panel solar dijangka akan mencecah kira-kira 40juta tan apabila tamat tempoh pengoperasian loji janakuasa solar tersebut.
Bagi memastikan pengendalian sisa panel solar yang menyeluruh, Kerajaan melalui agensi kawal selia yang berkaitan akan meneroka aspek pengurusan sisa tersebut seperti berikut:
pembangunan pusat pengumpulan dan pemerolehan kembali (buyback) yang khusus atau berpusat untuk panel solar; dan
menetapkan syarat “extended producer responsibility” terhadap komponen serta panel solar yang digunakan.
Sekian, terima kasih.