Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

25 October 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

43

Soalan

Puan Isnaraissah Munirah Majilis [ Kota Belud ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah alternatif bagi penambahan kapasiti penjanaan tenaga yang bersifat segera dan fast track selain daripada Karpowership bagi memulihkan rizab margin di Sabah dan lebih selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR).

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

 

  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Sabah melalui Energy Commission of Sabah (ECoS) pada 29 Mei 2023 telah memaklumkan bahawa terdapat keperluan segera kapasiti tambahan sebanyak 200 Megawatt (MW) bagi mengatasi masalah rizab margin yang rendah dan loji-loji janakuasa yang tidak berdaya harap di Sabah.


  1. Hal ini kerana terdapatnya keperluan untuk penyelesaian yang lebih kukuh serta menyakinkan melalui penambahan kapasiti penjanaan sekurang-kurangnya 200MW dalam tempoh yang singkat bagi memastikan rizab margin berada pada kadar optimum iaitu pada kadar 30%.


  1. Maka, sebagai langkah segera bagi mengatasi masalah krisis tenaga di Sabah, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah Bilangan 1 Tahun 2023 yang telah diadakan pada 12 Jun 2023.


  1. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ketidakcukupan pembekalan elektrik di Sabah disebabkan pembatalan pembangunan Karpowership, mesyuarat telah membuat keputusan untuk meneliti opsyen-opsyen penjanaan seperti berikut:


  1. penggunaan interim set generator SESB 100MW selama enam (6) bulan;

  2. melaksanakan semula Rental Sets 100MW di kawasan Pantai Barat Sabah;

  3. mempercepatkan penggunaan Battery Energy Storage System (BESS) 200MW pada tahun 2024 dan dilaksanakan oleh SESB; dan

  4. melanjutkan operasi stesen jana kuasa sedia ada (berdasarkan keperluan semasa).

 


  1. Cadangan-cadangan tersebut akan diteliti oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) bersama-sama Energy Commission of Sabah (ECoS) dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) sebelum sebarang pindaan ke atas Pelan Pembangunan Penjanaan Sabah 2023-2027 diangkat untuk pertimbangan lanjut Jemaah Menteri dalam masa terdekat.


  1. Kerajaan sentiasa komited untuk membantu menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.


Sekian, terima kasih.​

Attachments