Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 2 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 25 October 2023 | Tahun Persidangan | 2023 | Kategori | Mineral, Geosains | Nombor Soalan | 48 | Soalan | Tuan Lee Chuan How [ Ipoh Timor ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah kajian-kajian daripada universiti terkemuka tempatan yang menyumbang ke arah kelestarian REE sekiranya dibangunkan di Malaysia.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Pada masa ini, terdapat sekurang-kurangnya 7 buah institusi pengajian tinggi (IPT) yang terlibat secara aktif dalam menjalankan kajian-kajian berkaitan dengan kemampanan industri mineral unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Malaysia.
Antara institusi pengajian tinggi tersebut termasuklah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Kajian-kajian yang dijalankan merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran industri NR-REE seperti penerokaan, perlombongan dan pemprosesan, pemulihan lombong, sustainable practices, pembuatan dan circular economy.
Dapatan kajian-kajian yang dijalankan oleh IPT dan agensi-agensi kerajaan melalui aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi akan memastikan kelestarian industri NR-REE bagi menampung keperluan aktiviti industri NR-REE pada masa akan datang tanpa mengkompromi kawalan ke atas alam sekitar dan kemakmuran. Ini juga adalah berselaras dengan Teras Ke 4, Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030).
Sekian, terima kasih. | Attachments |
|
|