Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

31 October 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

11

Soalan

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [ Batang Lupar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Parlimen Batang Lupar serta langkah-langkah intervensi bagi mengawal hakisan pantai di kawasan yang terjejas seperti di Tanjung Riong, Maludam, Kg. Semarang dan Batang Maro ke Kampung Paloh.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Batang Lupar, Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Semarang, Pusa, Bahagian Betong, Sarawak di bawah Parlimen Batang Lupar telah dilaksanakan bermula 17 Mac 2023 dan sedang dalam fasa pembinaan. Kos pembinaan bagi projek ini adalah sebanyak RM5.19 juta. Skop kerja bagi projek ini merangkumi pembinaan lapis lindung batu (rock revetment) dan ban tanah (earth bund) sepanjang 300 meter. Projek ini dijangka siap pada Disember 2024.

  2. Pada masa ini, terdapat satu lagi projek iaitu Projek Mengatasi Banjir Pantai di Sarawak di kawasan Parlimen Batang Lupar. Di antara kawasan yang terlibat adalah Maludam, Semarang, Beting Maro dan Sebuyau.

  3. Projek ini dilaksanakan  bagi mengurangkan risiko berlakunya limpahan banjir pantai ke kawasan penduduk, melindungi harta benda dan kawasan pertanian. Manakala, secara keseluruhan projek ini dapat melindungi 32.9km panjang persisiran pantai Negeri Sarawak akibat banjir pantai dan menyediakan perlindungan kepada penduduk seramai 37,000 orang yang terkesan akibat banjir pantai. Sekian, terima kasih.


Attachments