Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

31 October 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

17

Soalan

Tuan Zahir bin Hassan [ Wangsa Maju ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-

a) sejauh mana kejayaan pelaksanaan perancangan centralised sewage system (CSS) berdasarkan RMKe-12; dan

b) strategi Kementerian menghadapi kelewatan siap CSS yang telah menjejaskan pengeluaran Sijil Pematuhan Siap dan Pematuhan (CCC) sehingga mengakibatkan kelewatan penyerahan kunci kepada pembeli rumah.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Di bawah RMKe-12, Kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, agensi di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah melaksanakan sebanyak 83 projek pembinaan loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetungan berpusat atau (dengan izin) centralised sewage system di seluruh negara. Sebanyak 36 projek telah siap dan diserahkan kepada pihak operator untuk menjalankan operasi dan penyelenggaraan selanjutnya manakala, sebanyak 13 projek telah mencapai peratus kemajuan kerja melebihi 80 peratus. 


  1. Untuk makluman, penyiapan projek CSS tidak menjadi sebarang liabiliti kepada mana-mana permohonan CCC pihak pemaju perumahan atau individu. Sekiranya berlaku kelewatan kepada penyiapan projek CSS, pihak pemaju/individu boleh mengambil tindakan penyediaan fasiliti rawatan kumbahan sementara dengan membuat permohonan kepada pihak Agensi Perakuan Pembetungan.


Sekian, terima kasih. ​

Attachments