Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

06 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

3

Soalan

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [ Kalabakan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah perkembangan terkini projek tebatan banjir dan pembinaan tebing di lencongan sungai Tawau melibatkan kawasan Kampung Pasir Putih dan Kampung Tanjung Batu memandangkan isu banjir yang semakin teruk berlaku di kawasan ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek sistem saliran lencongan Sungai Tawau melalui Kampung Pasir Putih adalah inisiatif penuh yang diterajui oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sabah dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri. Pelaksanaan projek ini berjalan melalui lima fasa pembinaan yang telah disempurnakan secara berperingkat di tapak. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan sistem saliran secara keseluruhan dan mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut. 

  2. Bagi projek tebatan banjir di kawasan Kampung Tanjung Batu pula, projek sedang dilaksanakan di tapak di bawah peruntukan Kerajaan Negeri. Projek ini telah bermula pada awal tahun 2023 dan dijangka siap dalam tempoh 2 tahun dengan anggaran kos projek berjumlah         RM2.6 juta. Matlamat utama projek ini adalah untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan Kampung Tanjung Batu serta meningkatkan keupayaan tebatan banjir dalam kawasan tersebut.

Sekian, terima kasih.​

Attachments