Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

06 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

13

Soalan

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan terkini kapasiti terpasang Tenaga Boleh Baharu Malaysia dalam usaha mencapai sasaran 31% menjelang 2025.

Jawapan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam.


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah kapasiti terpasang tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara adalah sebanyak 25% berbanding sasaran 31% pada tahun 2025 yang telah ditetapkan.


Daripada jumlah tersebut, kapasiti TBB daripada sumber hidro merupakan yang paling tinggi iaitu 5.7 Gigawatt (GW) (14%), diikuti sumber solar sebanyak 2.7GW (6.6%), biojisim sebanyak 0.81GW (2.5%), biogas sebanyak 0.16GW (0.4%) dan selebihnya daripada sumber janakuasa hidro kecil iaitu 0.53GW (1.3%).


Sekian, terima kasih.​

Attachments