Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

06 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

18

Soalan

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan pembinaan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) dan bilakah ia dijangka siap sepenuhnya.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 (KESBAN) dengan anggaran kos sebanyak RM656 juta. Tujuan utama projek ini adalah untuk mengurangkan risiko banjir di Jajahan Tumpat. Kemajuan terkini di tapak sebanyak 76% sehingga 30 September 2023 dan dijangka siap pada Ogos 2024.

  2. Bagi PLSB Sungai Golok Fasa 2, masih di peringkat pra    pelaksanaan melibatkan kawasan Pasir Mas, Rantau Panjang dan Jeli dengan kos projek berjumlah RM879 juta dan kini dalam proses penilaian tender. Skop yang terlibat adalah pembinaan pam, pembinaan ban dan tembok penahan serta lain-lain kerja yang berkaitan. Projek ini dijangka bermula pada tahun 2024 dan siap tahun 2027.

  3. Bagi PLSB Sungai Golok Fasa 3, masih di peringkat pra pelaksanaan dengan kos projek berjumlah RM 472 juta. Lawatan tender bagi projek ini telah dijalankan pada 13 September 2023.  Tender akan  tutup pada 6 November 2023.

  4. Keseluruhan projek ini dijangka akan memberi manfaat kepada 97,000 orang penduduk yang terjejas akibat bencana banjir dan limpahan sungai.  

Sekian, terima kasih.​

Attachments