Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 2 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 06 November 2023 | Tahun Persidangan | 2023 | Kategori | Air | Nombor Soalan | 40 | Soalan | Tuan Chow Kon Yeow [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah perkembangan terkini Projek Air Perak Pulau Pinang yang merupakan penyelesaian jangka panjang berpotensi dalam menangani keperluan air mentah bagi negeri Pulau Pinang dan juga Perak sehingga 2050. Bilakah inisiatif perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak sebagaimana dinyatakan sebelum ini akan berlangsung.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Sepertimana YB Batu Kawan sedia maklum, Kerajaan Negeri Perak pada masa ini kekal dengan pendiriannya untuk tidak membekalkan air kepada negeri Pulau Pinang menerusi Projek Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS). Dalam hal ini, SPRWTS hanya boleh dilaksanakan setelah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Perak berunding dan mencapai kata sepakat serta seterusnya memeterai perjanjian jual beli air, sama ada air mentah ataupun air terawat. Projek ini tidak dapat dilaksanakan tanpa persetujuan kedua-dua pihak. Oleh itu, rundingan antara kedua-dua negeri perlu diadakan sekiranya hasrat ini ingin diteruskan. Sekian, terima kasih. | Attachments |
|
|