Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

06 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

42

Soalan

Dr. Hajah Halimah Ali [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan senarai projek tuntas mitigasi banjir di Kapar (semua DUN) termasuk kos dan garis masa serta pencapaian semasa.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan banjir memerlukan kerjasama bersepadu yang merangkumi sistem perparitan dan pengurusan sungai yang melibatkan pelbagai Jabatan dan Agensi. Sistem perparitan adalah terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagaimana Seksyen 50 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengurus dan menyenggara semua sungai. Kedua-dua sistem saliran di bawah JPS dan sistem perparitan di bawah PBT seharusnya dinaiktaraf seiring dengan pembangunan. 

  2. Kementerian sentiasa teliti dalam perancangan dan pelaksanaan berhubung dengan pengurusan sumber air dan risiko bencana. Perhatian khusus berkenaan isu pembersihan dan mengoptimumkan kapasiti saliran dan sungai sebagai langkah mitigasi jangka pendek melalui program pemuliharaan sungai akan diteruskan. Ini melibatkan kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, menaik taraf dan menyelenggara aset / struktur kawalan banjir bagi mengurangkan risiko banjir.

  3. Selain itu, kolam takungan banjir salah satu komponen mitigasi banjir yang berfungsi sebagai mekanisme kawalan banjir semulajadi dengan keupayaannya mengekalkan air hujan yang berlebihan. Sejumlah RM1.3 juta diperuntukkan untuk melaksanakan lima (5) projek penyenggaraan kolam takungan banjir di dalam Parlimen Kapar.

  4. JPS juga telah membuat perancangan untuk mengkaji semula sistem saliran dan perparitan sedia ada di Daerah Klang menerusi Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Bandar Sepang, Pekan Meru dan Puchong, Selangor. Skop kajian tersebut akan mengambil kira hotspot banjir di Lembangan Sungai Klang seperti Taman Sri Muda di samping mengemaskini PISMA Daerah Klang yang telah siap pada tahun 2009. PISMA tersebut dalam proses penyediaan data Light Detection and Ranging (LIDAR) dan kajian akan dijangka dimulakan pada Disember 2024.

  5. Disamping itu, projek tebatan banjir untuk penyelesaian jangka masa panjang yang sedang disediakan oleh JPS melalui perolehan Projek Berkeutamaan Tinggi iaitu Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar Daerah Klang & Daerah Petaling, Selangor. Projek ini sedang di dalam proses pra pelaksanaan.

Sekian, terima kasih.​

Attachments