Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

09 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Mineral, Geosains

Nombor Soalan

13

Soalan

Tuan Chong Zhemin [ Kampar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan keputusan untuk menghalang eksport mineral NR-REE dan bagaimana membantu untuk membina industri downstream NR-REE di Malaysia.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Dasar larangan eksport bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 September 2023 adalah bertepatan dengan usaha Kerajaan untuk membangunkan industri NR-REE ini secara menyeluruh melalui pewujudan industri NR-REE di setiap peringkat rantaian nilai meliputi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.


  1. Penghasilan RE Carbonate dari lombong-lombong NR-REE dalam negara kelak masih dikategorikan sebagai bahan mentah. Oleh yang demikian, dasar larangan ini akan mewujudkan desakan supaya loji pemprosesan dibina dalam negara untuk penghasilan RE Oxides, serta seterusnya memisahkannya kepada unsur RE berasingan yang lebih bernilai tinggi.


  1. Untuk makluman, Kajian Model Perniagaan (Business Model) Bagi Pembangunan Industri NR-REE di Malaysia yang dijalankan oleh Kementerian dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia sedang dimuktamadkan pada ketika ini. Kajian tersebut memberikan kefahaman yang jelas kepada pihak berkepentingan terhadap keseluruhan ekosistem industri NR-REE di Malaysia, dan boleh dijadikan panduan dalam pembangunan industri NR-REE negara selanjutnya.


  1. Antara cadangan yang dikemukakan melalui kajian tersebut adalah pewujudan loji pemprosesan nadir bumi (Rare Earth Processing Plant - REPP) bagi memproses sumber mineral NR-REE tempatan dan  mengelakkan ia dieksport secara mentah ke luar negara. Kementerian akan mengadakan libat urus bersama pemegang taruh bagi meneliti cadangan tersebut.





  1. Selain itu, kajian tersebut juga mensasarkan supaya Negara seterusnya membangunkan kapasiti untuk menjadi pengeluar super magnet dan motor elektrik di peringkat hiliran dengan menggunakan hasil daripada industri pemprosesan di pertengahan. Ini adalah bagi menyokong perkembangan industri automotif tempatan dan global yang sedang beralih kepada penghasilan kenderaan elektrik pada masa akan datang.


 Sekian, terima kasih.



Attachments