Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

09 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

22

Soalan

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-

a) perancangan Kerajaan bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di Lipis; dan

b) bilakah projek mengatasi banjir ini bermula dan berapa anggaran kos bagi setiap projek.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan mengambil berat dan prihatin dengan kejadian banjir yang berlaku di Lipis, Pahang. Bagi tindakan jangka masa panjang bagi mengurangkan risiko banjir, JPS sedang dan akan melaksanakan dua (2) projek rancangan tebatan banjir di kawasan Bandar Kuala Lipis iaitu:

    1. Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Jelai Fasa 1, dalam proses pra-pelaksanaan; dan

    2. PLSB Sungai Jelai Fasa 2, yang telah diangkat dalam Rolling Plan 4 RMKe-12 kepada Kementerian Ekonomi untuk pertimbangan dan kelulusan.

  2. Gabungan kedua-dua projek ini mampu melindungi kawasan seluas 1.2 kilometer persegi daripada risiko banjir dan seramai 18,000 penduduk akan mendapat manfaat dan seterusnya dapat menyelesaikan keseluruhan isu banjir di Kuala Lipis. Selain itu, kesan negatif terhadap ekonomi yang disebabkan oleh banjir dan kemusnahan harta benda juga dapat dielakkan. 

  3. Dalam usaha untuk memberikan keutamaan kepada kawasan-kawasan kritikal yang memerlukan tindakan segera, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan keutamaan kepada Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Lipis, Sungai Tanum, dan Sungai Merapoh di Daerah Lipis, Pahang. Projek ini juga berada dalam status pra-pelaksanaan pada masa ini dan dijangka dapat dimulakan pada tahun 2024 dan dijangka siap pada tahun 2030.  

  4. Kementerian melalui JPS juga telah siap melaksanakan Kerja-Kerja Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir di  Lipis bagi kawasan seperti berikut berikut:

    1. Sungai Nga & Sungai Nabun, Kampung Nabun, Mukim Budu, Daerah Lipis, Pahang yang bermula pada 14 Ogos 2023  telah siap pada 2 Oktober 2023 dengan kos berjumlah RM 50 ribu; dan 

    2. Sungai Rengai, Kampung Rengai, Mukim Penjom, Daerah Lipis, Pahang yang bermula pada 14 Ogos 2023 telah siap pada 2 Oktober 2023  dengan kos berjumlah RM 50 ribu.


Sekian, terima kasih.​

Attachments