Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

09 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

PERHILITAN

Nombor Soalan

25

Soalan

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [ Sri Gading ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha yang boleh diambil oleh Kerajaan bagi memastikan haiwan liar seperti monyet dan kera yang merosakkan hasil tanaman penduduk kampung mampu diatasi sehingga kini. Monyet dan kera mula mengancam penduduk dengan memasuki rumah penduduk kampung.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sentiasa komited dalam menangani konflik manusia dan hidupan liar seperti monyet dan kera yang mengganggu tanaman. Antara usaha yang sedang dan telah diambil bagi menangani masalah ini adalah seperti berikut: 


(i) menjalankan aktiviti pemantauan dan kawalan apabila menerima aduan daripada orang ramai dan penduduk kampung;

(ii) menjalankan program bersepadu dengan agensi seperti RELA dan penduduk kampung bagi membasmi musuh tanaman;

(iii) menjalankan program pemasangan perangkap komuniti untuk menangkap hidupan liar bermasalah;

(iv) menjalankan program kesedaran awam dan sesi libat urus dengan penduduk kampung dan pemegang taruh; dan

(v) menjalankan “program penakaian populasi” di kawasan yang berisiko bagi mengurangkan populasi monyet dan kera yang mengancam tanaman dan penduduk.


Di samping itu, Jabatan PERHILITAN telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Konflik Manusia-Hidupan Liar di Semenanjung Malaysia bagi membincangkan isu-isu konflik serta merangka pelan pelaksanaan pengurusan konflik hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia. 


Sekian, terima kasih.​

Attachments