Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

09 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

38

Soalan

Tuan Wan Razali bin Wan Nor [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah tindakan Kementerian terhadap loji rawatan kumbahan yang tidak diselenggara dengan baik dan terbiar khususnya di bawah seliaan pihak swasta atau pemaju.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1.             Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang merupakan badan kawal selia perkhidmatan bekalan air dan pembetungan akan mengambil tindakan mengikut peruntukan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] atau perundangan subsidiarinya.

2.      Seksyen 47 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 memperuntukkan kewajipan kepada Pemaju untuk menyerahkan sistem pembetungan sesuatu pembangunan baharu kepada pemegang lesen perkhidmatan pembetungan mengikut mana-mana yang berkenaan, tanpa apa-apa kos untuk mengendalikan dan menyenggarakan sistem itu.

3.   Adalah menjadi suatu kesalahan sekiranya peruntukan ini tidak dipatuhi dan apabila disabitkan, Pemaju boleh didenda tidak melebihi RM300,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya seperti yang termaktub di bawah Seksyen 47 (6) Akta yang sama.

4.      Selain itu, mana-mana pihak yang gagal untuk mengendalikan dan menyenggarakan sistem pembetungan persendirian boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.00 apabila disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 65 (3) Akta 655 oleh pihak Mahkamah. 

Sekian, terima kasih.​

Attachments