Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

16 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

1

Soalan

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kesediaan membentang satu 'Peta Teknologi Nasional Tenaga Boleh Baharu' (RE) atau 'National RE Technology Map' yang memperincikan aspek 'content' dalam NETR atau 'Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga'.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Kerajaan menyambut baik cadangan Ahli Yang Berhormat mengenai penyediaan “Peta Teknologi Nasional Tenaga Boleh Baharu' (RE) atau 'National RE Technology Map' yang memperincikan aspek kandungan atau “content” bagi dokumen NETR atau “Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga” yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi.


Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebagai pengguna teknologi (technology user) bagi bekalan elektrik bersedia untuk bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi untuk membangunkan peta teknologi bagi sektor tenaga secara holistik termasuk bagi industri bekalan elektrik. Penyediaan peta ini juga membolehkan dan membantu pihak Kementerian berkaitan termasuk NRECC, Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sabah bagi menyediakan perancangan dan pembangunan penjanaan bekalan elektrik dengan lebih berdaya maju dan ‘cost efficient’.


Sekian, terima kasih.​

Attachments