Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

16 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

3

Soalan

Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-


a) apakah rancangan segera untuk meningkatkan penjanaan kuasa di Sabah dengan melihat sifar rizab margin elektrik pada ketika ini di Sabah; dan


b) adakah Kementerian akan memberi jaminan bahawa ia tidak akan mempertimbangkan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui seperti arang batu untuk penjanaan kuasa baharu di Sabah.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, 


  1. Kerajaan telah melaksanakan perancangan pembekalan elektrik Sabah melalui Pelan Pembangunan Penjanaan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah.


  1. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Kementerian/agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah yang berkaitan serta syarikat utiliti iaitu Sabah Electricity Sdn. Bhd.


  1. Pelan Pembangunan Penjanaan ini menetapkan perancangan penjanaan untuk negeri Sabah bagi tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang dengan mengambil kira penilaian unjuran permintaan, opsyen teknologi penjanaan, kecukupan bahan api dan kos pembekalan yang paling optimum.


  1. Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira penyerahan kuasa kawal selia pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah yang akan bermula pada bulan Januari 2024, Kerajaan Persekutuan bersama-sama Kerajaan Negeri Sabah dalam Mesyuarat JPPPET Sabah Bilangan 1 Tahun 2023 pada 12 Jun 2023, telah menetapkan perancangan pembekalan elektrik bagi tahun 2023 sehingga 2027 sahaja.


  1. Pada masa kini, negeri Sabah mengalami penjanaan elektrik yang tidak seimbang antara Pantai Barat dan Pantai Timur Sabah dengan kadar rizab margin sebanyak 11%.


  1. Justeru itu, bagi memastikan kadar rizab margin berada pada kadar optimum iaitu 30%, Kerajaan Persekutuan bersama-sama Kerajaan Negeri Sabah akan meneliti opsyen-opsyen penjanaan seperti berikut:


  1. penggunaan interim set generator SESB 100MW selama enam (6) bulan;


  1. melaksanakan semula Rental Sets 100MW di kawasan Pantai Barat Sabah;


  1. mempercepatkan penggunaan Battery Energy Storage System (BESS) 200MW pada tahun 2024 dan dilaksanakan oleh SESB; dan


  1. melanjutkan operasi stesen jana kuasa sedia ada (berdasarkan keperluan semasa).


  1. Opsyen-opsyen tersebut akan diteliti dengan lebih lanjut oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) bersama-sama Energy Commission of Sabah (ECoS) dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) sebelum diangkat untuk pertimbangan Kerajaan dalam masa terdekat.


  1. Selain itu, bagi perancangan jangka masa panjang khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah, pihak Kerajaan bersama-sama SESB sedang melaksanakan beberapa projek menaiktaraf infrastruktur sistem pembekalan elektrik seperti berikut:


  1. menaik taraf Pencawang Masuk Utama (PMU) Dam Road kepada 275kV dan Stesen Suis Utama (SSU) Dam Road kepada 132/33/11kV;


  1. pembinaan sistem talian 33kV di Daerah Lahad Datu melalui pembinaan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) 33/11kV First Palm City Centre;


  1. pemasangan Distribution Automation (DA) dengan izin 11kV bagi memastikan punca kerosakan dapat dikesan lebih awal, diasingkan dan seterusnya mempercepatkan proses pemulihan bekalan elektrik;


  1. pemasangan Sectionalizer 11kV dengan izin bagi mengurangkan liputan pengguna terlibat dengan gangguan bekalan elektrik;


  1. pembinaan tiga (3) Feeder 11kV Baharu daripada PMU Warisan 132/33/11kV; dan


  1. pembinaan PPU 33/11kV Bandar Sri Perdana.


  1. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah melalui Mesyuarat JPPPET Sabah memberi jaminan bahawa akan terus menggunakan sumber bahan api yang lebih mampan dan mesra alam bagi penjanaan elektrik di Sabah. Perkara ini dapat dilihat melalui campuran bahan api penjanaan elektrik di Sabah yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat JPPPET Sabah Bilangan 1 Tahun 2023 yang mana hampir 70% penjanaan elektrik di Sabah menggunakan sumber bahan api gas, diikuti dengan sumber penjanaan melalui diesel/MFO sebanyak 11%, hidro sebanyak 9%, solar berskala besar (LSS) sebanyak 7% dan biojisim atau biogas sebanyak 2%. 


  1. Kerajaan sentiasa komited untuk membantu meningkatkan penjanaan pembekalan elektrik di Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.


Sekian, terima kasih.​

Attachments