Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

16 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

9

Soalan

Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah peranan Malaysia untuk memastikan agar Grid ASEAN yang telah dicadangkan akan benar-benar dilaksanakan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, 


  1. ASEAN Power Grid (APG) merupakan salah satu program di bawah ASEAN yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan perdagangan tenaga elektrik rentas sempadan dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN. Objektif utama APG adalah untuk meningkatkan keselamatan dan jaminan pembekalan elektrik antara negara-negara ASEAN, menggalakkan penggunaan sumber tenaga elektrik secara optimum dan efisien serta menggalakkan perdagangan tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu.


  1. Bagi merealisasikan hasrat APG ini, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah diwujudkan bertujuan untuk membolehkan dan memudahkan pelaksanaan projek-projek sambung tara antara grid tenaga elektrik negara-negara ASEAN.


  1. Malaysia telah menyertai Memorandum Persefahaman APG sejak tahun 2007 dan pelbagai inisiatif telah dilaksana di bawah program ini. Malaysia telah memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan projek rintis pertama perdagangan tenaga elektrik rentas sempadan antara negara ASEAN melalui Lao PDR-Thailand-Malaysia Power Integration Project (LTM-PIP) (2018 hingga 2021) dan seterusnya diikuti dengan projek Lao PDR-Thailand-Malaysia-Singapore Power Integration Project (LTMS-PIP) bermula pada tahun 2022 hingga 2024. 




  1. Program APG ini adalah selari dengan dasar peralihan tenaga negara dan merupakan instrumen penting untuk merealisasikan hasrat Malaysia menjadi hab perdagangan tenaga elektrik serantau. Di samping itu, pembekalan elektrik dalam negara yang terjamin adalah penting untuk menyokong aktiviti ekonomi negara. Oleh itu, Malaysia akan terus menyokong program APG kerana impak program ini kepada ekonomi negara adalah besar.


Sekian, terima kasih.​

Attachments