Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

16 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

14

Soalan

Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan untuk melihat semula keperluan mendesak laluan sungai bagi masyarakat di pedalaman terutamanya masyarakat Orang Asli Gerik yang terpaksa berjalan kaki jauh sekiranya musim kemarau tiba kerana hakisan tanah kesan pembalakan menyebabkan paras air menjadi cetek.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keadaan sungai boleh menjadi cetek disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah kekurangan hujan atau musim kemarau yang berpanjangan dan pemendapan adalah punca semula jadi utama. Pengambilan air yang berlebihan untuk kegunaan manusia, pertanian, dan industri juga menyumbang kepada kecetekan sungai. Aktiviti manusia seperti pertanian, industri dan pembalakan hutan boleh mengubah aliran semulajadi sungai, mengakibatkan perubahan morfologi sungai.

  2. Pendekatan JPS buat masa ini adalah memberi tumpuan kepada mendalamkan sungai bagi tujuan mengurangkan risiko banjir di kawasan-kawasan kritikal dan buat masa ini sebanyak 6 projek sedang dan telah dilaksanakan di Parlimen Gerik melibatkan Kerja-Kerja Mengorekpulih Sungai Rui Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan Bagi Mengurangkan Risiko Banjir di kawasan berikut: 

    1. Dataran Loma, Mukim Gerik, Daerah Hulu Perak;

    2. Kampung Tasek, Mukim Belukar Semang, Daerah Hulu Perak;

    3. Kampung Selarong Hujung, Mukim Pengkalan Hulu, Daerah Hulu Perak;

    4. Kampung Pahat Bagi Mengurangkan Risiko Banjir Dalam Mukim Gerik, Daerah Hulu Perak;

    5. Kampung Sira Panas Bagi Mengurangkan Risiko Banjir Dalam Mukim Gerik, Daerah Hulu Perak; dan

    6. Kampung Kuak Tengah, Mukim Pengkalan Hulu, Daerah Hulu Perak.

  3. Bagi mengatasi masalah paras air sungai yang cetek akibat hakisan tanah daripada aktiviti pembalakan atau guna tanah perlu dipantau oleh semua pihak melibatkan agensi-agensi penguatkuasa di peringkat Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Sekian, terima kasih.​

Attachments