Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

16 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

23

Soalan

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perancangan projek tebatan banjir dan permohonan RM70 juta oleh Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) Larut Matang dan Selama (LMS) dengan kerjasama Pusat Khidmat P059 Parlimen Bukit Gantang bagi mengatasi masalah banjir di Bukit Gantang. Apakah usaha Kementerian dalam memperbaiki sistem takungan di kawasan lombong dan saliran di Kurnia Jaya, Ayer Kuning, Taman Pengkalan Makmur dan Batu 14 Trong.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan mengemukakan dua (2) permohonan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Larut, Daerah Larut Fasa 2, Daerah Larut Matang dan Selama serta Rancangan Tebatan Banjir Sungai Trong, Daerah Larut, Matang dan Selama di dalam permohonan projek Rolling Plan yang seterusnya.

  2. Bagi mengurangkan risiko banjir di Parlimen Bukit Gantang, pihak JPS telah melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan sungai dan penstabilan tebing mengikut keutamaan melibatkan tiga (3) projek dengan anggaran kos RM300 ribu yang telah disiapkan pada September 2023.

  3. JPS juga telah menjalankan beberapa langkah mitigasi dengan menyelenggara dua (2) buah Kolam Takungan banjir di Kampung Kurnia Jaya dan dua (2) buah Kolam Ayer Kuning dengan menjadikan lombong sedia ada sebagai kolam takungan banjir yang berfungsi untuk menahan sementara air banjir sebelum dialirkan keluar ke Sungai Relong. Kerjasama ini adalah antara Pejabat Daerah Tanah Larut, Matang dan Selama (LMS) dan JPS Daerah LMS dengan mewartakan lombong sedia ada sebagai kolam takungan banjir di kedua-dua tempat tersebut.

  4. Manakala bagi penyelenggaraan Kolam Takungan Banjir Taman Pengkalan Makmur telah siap dijalankan pada September 2023 dengan kos berjumlah RM186 ribu. Untuk makluman Yang Berhormat, kolam takungan banjir Batu 14 Trong adalah di  bawah penyelenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan.


Sekian, terima kasih. ​

Attachments