Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

16 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

31

Soalan

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kesediaan Malaysia membangunkan industri mineral daripada aspek teknologi dan tenaga mahir.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Kementerian telah menyediakan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021 – 2030) yang bertujuan mempertingkatkan pembangunan dan pengurusan industri mineral dengan memberikan penekanan kepada penciptaan nilai tambah, diusahakan secara lestari dan mencipta industri sokongan termasuk penggunaan teknologi terkini dalam Revolusi Industri 4.0.


  1. Pelan TIM 2021 – 2030 ini merupakan satu perancangan bersifat holistik, di mana hasrat utama kerajaan adalah ingin membangunkan industri mineral secara menyeluruh dan bersepadu melalui transformasi di setiap peringkat rantaian nilai merangkumi sektor huluan, pertengahan dan hiliran. Ini termasuklah pembangunan modal insan, teknologi dan inovasi.


  1. Pada masa ini, Kementerian di dalam peringkat akhir penyediaan Dasar Mineral Negara 3 yang turut menekankan penggunaan teknologi dan inovasi bagi industri mineral. Dasar ini dibangunkan selari dengan dasar-dasar utama sedia ada diantaranya Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Teknologi Bahan Termaju Nasional 2021 -2030. Kementerian telah melaksanakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan Dasar Mineral Negara 3 yang sedang dirangka dapat memenuhi aspek teknologi dan tenaga mahir bagi industri mineral.

 

 Sekian, terima kasih.​

Attachments