Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

16 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

40

Soalan

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah projek pengawalan hakisan akan dilaksana di kawasan Tanjung Dawai khususnya Kampung Huma kerana hakisan yang berlaku di kampung tersebut semakin parah dan mengancam keselamatan penduduk.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hakisan pantai di kawasan Tanjung Dawai khususnya Kampung Huma adalah termasuk dalam Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Kampung Sungai Pial sehingga ke Kampung Tanjung Dawai, Daerah Kuala Muda, Kedah. Projek ini dianggarkan berjumlah RM22.2 juta melibatkan kerja-kerja pembinaan struktur kawalan hakisan pantai. Pada masa ini ianya adalah peringkat pelaksanaan kerja ukur dan kerja-kerja pembinaan fizikal dijangka bermula pada 2024 dan dijangka siap pada tahun 2026. 

  2. Pelaksanaan projek ini dijangka dapat melindungi kawasan kampung yang terdedah dengan hakisan pantai sepanjang 5km, melindungi penduduk seramai 3,000 orang dan melindungi infrastruktur awam seperti jalan raya, sekolah, masjid dan sebagainya daripada kerosakan akibat hakisan pantai. 


Sekian, terima kasih. 

Attachments