Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

22 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Perhutanan, Biodiversiti

Nombor Soalan

12

Soalan

Kapten Azahari bin Hasan [ Padang Rengas ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan haiwan perosak seperti babi hutan dan kera yang semakin lama semakin meliar di kawasan kediaman penduduk di kampung serta merosakkan hasil tanaman penduduk kampung. Apakah inisiatif bagi menangani masalah haiwan perosak ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil perhatian serius mengenai isu konflik manusia dan hidupan liar terutamanya spesies kera dan babi hutan.


Antara tindakan yang sedang dan telah dilaksanakan oleh Jabatan PERHILITAN adalah seperti berikut:


(i) menjalankan aktiviti pemantauan dan kawalan apabila menerima aduan daripada orang ramai dan penduduk kampung;

(ii) menjalankan program bersepadu dengan agensi seperti RELA, penduduk kampung dan pihak berkepentingan inisiatif pelupusan bagi membasmi musuh tanaman;

(iii) pemasangan perangkap untuk menangkap hidupan liar bermasalah; 

(iv) menjalankan program kesedaran awam dan sesi libat urus dengan penduduk kampung; dan

(v) menjalankan program penakaian hidupan liar di kawasan yang berisiko bagi mengurangkan populasi babi hutan dan kera yang mengancam tanaman dan penduduk.


Jabatan PERHILITAN juga telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Konflik Manusia-Hidupan Liar di Semenanjung Malaysia bagi membincangkan isu-isu konflik serta merangka pelan pelaksanaan pengurusan konflik hidupan liar di Semenanjung Malaysia termasuk memantau pelaksanaan Pelan Pengurusan Hidupan Liar (WMP) untuk projek pembangunan yang melibatkan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP). 


Sekian, terima kasih.​

Attachments