Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 2 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 22 November 2023 | Tahun Persidangan | 2023 | Kategori | Perubahan Iklim | Nombor Soalan | 17 | Soalan | Tuan Onn bin Abu Bakar [ Batu Pahat ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan isu perubahan cuaca kini menjadi suatu fenomena di dunia. Adakah Kementerian berhasrat untuk menggubal Akta Perubahan Cuaca untuk rakyat Malaysia menjadikan isu ini sebagai satu tanggungjawab bersama. | Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perundangan perubahan iklim merupakan salah satu kaedah yang berkesan bagi mengurangkan pelepasan GHG yang merentasi pelbagai sektor ekonomi di samping menyokong pembangunan rendah karbon dan berdaya tahan iklim negara.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sedang dalam peringkat awal membangunkan Rang Undang-Undang (RUU) Perubahan Iklim Negara yang dijangka akan dibentang di Parlimen pada tahun 2025. Pembangunan RUU ini akan mengamalkan pendekatan whole of nation yang merangkumi proses libat urus yang inklusif bersama pemegang taruh di setiap lapisan masyarakat. Selain itu, RUU ini dapat memastikan tindakan-tindakan mitigasi dan adaptasi dapat dilakukan secara efektif di peringkat kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan apabila dikuatkuasakan kelak.
Dalam masa yang sama, Kementerian juga sedang melaksanakan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] secara berfasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2. Pindaan Fasa 1 adalah memberi fokus kepada peningkatan kadar hukuman dan penalti. Pindaan Fasa 1 telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 4 Oktober 2023 dan dijangka akan dibentang dalam sesi Parlimen pada kali ini. Manakala Pindaan Fasa 2 akan memperkasakan Akta 127 secara menyeluruh masih sedang diperhalusi dan diteliti bersama pakar undang-undang dan alam sekitar. Berdasarkan penelitian Kementerian, draf pindaan Fasa 2 perlu melibatkan sesi libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan dan pemegang taruh yang berkaitan seperti agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak penggerak projek pembangunan dan pihak industri supaya dapatnya adalah menyeluruh
Sekian, terima kasih. | Attachments |
|
|