Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

22 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

31

Soalan

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kesediaan membentang satu 'Peta Teknologi Nasional Tenaga Boleh Baharu' (RE) atau 'National RE Technology Map' yang memperincikan teknologi RE strategik yang perlu diberi tumpuan dalam R&D, untuk menghasilkan nilai ekonomi baru serta menjadikan Malaysia penjana RE (dan bukan sekadar pengguna teknologi) lantas menjadi hub RE global dalam jangka panjang sekaligus menyokong NETR atau 'Pelan Hala-Tuju Peralihan Tenaga Nasional'.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Kerajaan menyambut baik cadangan untuk menyediakan mengambil maklum mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat berhubung penyediaan “Peta Teknologi Nasional Tenaga Boleh Baharu' (RE) atau 'National RE Technology Map' yang memperincikan teknologi RE strategik yang perlu diberi tumpuan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), untuk menghasilkan nilai ekonomi baru serta menjadikan Malaysia sebagai peneraju penjanaan TBB di peringkat serantau.


Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebagai pengguna teknologi (technology user) akan bekerjasama dengan Kementerian yang bertanggungjawab dalam menyediakan dana penyelidikan seperti Kementerian Ekonomi serta Kementerian yang menerajui pembangunan teknologi iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha menerokai potensi dan manfaat penyediaan peta teknologi ini bagi membolehkan Malaysia menjadi hab TBB dalam jangka panjang.


Sekian, terima kasih.​

Attachments