Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

22 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

PERHILITAN

Nombor Soalan

37

Soalan

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [ Gua Musang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah Kerajaan tidak bercadang untuk menaik taraf Pejabat Perhilitan Gua Musang termasuk menambah bilangan anggota dan kelengkapan lengkap memandangkan ancaman hidupan liar di Gua Musang menunjukkan peningkatan yang semakin ketara.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Daerah Gua Musang terdiri daripada 10 perjawatan yang diketuai oleh seorang Ketua PERHILITAN Daerah. Jabatan PERHILITAN sentiasa meneliti dari semasa ke semasa keperluan untuk menaik taraf Pejabat PERHILITAN Gua Musang, menambah bilangan anggota dan kelengkapan melalui pendekatan mobilisasi kakitangan dan aset untuk meningkatkan keberkesanan dalam menangani konflik hidupan liar di Gua Musang. Pada masa yang sama, Jabatan PERHILITAN melaksanakan pendekatan yang lebih inklusif melalui pendekatan penglibatan komuniti (whole-of-society approach).


Sekian, terima kasih. ​

Attachments