Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

22 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Perubahan Iklim

Nombor Soalan

42

Soalan

Tuan Chow Kon Yeow [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha serta pelaksanaan program tenaga boleh diperbaharui di seluruh negara. Adakah Kementerian akan menyalurkan peruntukan kepada setiap negeri berhubung pemasangan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) berlandaskan komitmen pelepasan karbon sifar bersih atau 'net-zero emissions' yang diuar-uarkan dan apakah strategi serta tempoh masa penggunaan kereta elektrik secara 100 peratus dalam negara.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sememangnya komited untuk meningkatkan kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara dan  antara program yang dilaksanakan bagi menyokong hasrat ini termasuk:


  1. Program Feed-in tariff untuk pembangunan sumber bukan solar;


  1. Program Net Energy Metering untuk pembangunan solar di bumbung bangunan; dan


  1. Program Large Scale Solar, Corporate Green Power Programme untuk pembangunan  solar berskala utiliti.


2. Mengenai persoalan sama ada Kementerian akan menyalurkan peruntukan kepada setiap negeri untuk pemasangan hab pengecasan kenderaan elektrik pula, pada masa ini, pembinaan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) adalah dipacu oleh industri (industry driven) yang diterajui sepenuhnya oleh pihak swasta iaitu syarikat-syarikat CPO dan syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan berkaitan ekosistem EV yang lain. 


3. Kementerian tidak melaksanakan projek pemasangan stesen pengecas EV. Kerajaan juga tidak menyediakan sebarang peruntukan atau memberi sebarang hak eksklusif kepada mana-mana syarikat bagi pembinaan stesen pengecasan EV.


3. Kementerian juga sedang dalam proses membangunkan dokumen dasar Nationally Determined Contributions (NDC) Roadmap and Action Plan dan dokumen komunikasi Strategi Rendah Karbon Jangka Masa Panjang (Long Term Low Emission Development Strategies - LT LEDS) yang akan memberi hala tuju dasar dan strategi serta pelan tindakan yang bersesuaian ke arah mencapai pelepasan GHG sifar bersih seawal-awalnya pada tahun 2050. Kajian ini turut mengambil kira sasaran serta tempoh masa untuk mencapai jumlah penggunaan EV secara 100 peratus dalam negara yang akan menyumbang kepada pengurangan pelepasan GHG sektor pengangkutan. Dokumen NDC Roadmap dan LT-LEDS dijangka siap pada awal tahun 2024.




Sekian, terima kasih.​

Attachments