Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

22 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Mineral, Geosains

Nombor Soalan

44

Soalan

Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sejauh mana usaha sama antara Kerajaan dengan Kerajaan negeri yang mempunyai sumber mineral dan apakah inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan dalam membangunkan sumber tersebut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) berperanan dalam pengurusan dan pembangunan sumber mineral menerusi penetapan dasar dan perundangan yang berkaitan manakala Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) terlibat dalam aspek pemetaan sumber mineral di negeri-negeri.  


  1. Selain itu, JMG juga berperanan memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada Pihak Berkuasa Negeri termasuk penyediaan ulasan dan penilaian teknikal ke atas permohonan-permohonan berkaitan perlombongan sumber mineral sebelum sesuatu keputusan dibuat.


  1. Kerajaan Persekutuan sentiasa bekerjasama erat dengan Kerajaan Negeri dalam pembangunan industri mineral negara. Sebagai contoh dalam membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Negeri Perak iaitu dalam pelaksanaan projek perintis perlombongan NR-REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak.


  1. Seterusnya, Kementerian sedang dalam peringkat akhir bagi memuktamadkan Kajian Cadangan Model Perniagaan (Business Model) Bagi Pembangunan Industri NR-REE di Malaysia dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia. Hasil kajian tersebut memberikan kefahaman yang jelas terhadap keseluruhan ekosistem industri NR-REE di Malaysia, serta boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada Kerajaan Negeri dalam pembangunan industri NR-REE di negeri masing-masing.


Sekian, terima kasih.​

Attachments