Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

22 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

47

Soalan

Puan Isnaraissah Munirah Majilis [ Kota Belud ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah bersepadu bagi tempoh jangka masa pendek dan panjang bagi mengurangkan kejadian bencana banjir di Sabah melalui projek tebatan banjir, pembaikan/ pembinaan infrastruktur saliran serta pembangunan lestari bagi baki Rancangan Malaysia Ke-12.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil langkah jangka pendek dan langkah jangka panjang melalui kaedah struktur dan bukan struktur bagi mengurangkan impak dan kejadian banjir di Negeri Sabah.

  2. Bagi langkah jangka masa pendek, JPS telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur saliran secara berkala untuk parit dan sungai yang berada di bawah jagaan JPS Negeri Sabah. Peruntukan berjumlah RM6.13 juta telah disalurkan untuk pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan banjir di negeri Sabah. Peruntukan ini telah digunakan bagi melaksanakan tujuh puluh lima (75) sebutharga penyenggaraan kolam takungan banjir di negeri Sabah.

  3. Selain itu, penggunaan kaedah bukan struktur dalam mengurangkan impak banjir di Sabah termasuk penyediaan sistem ramalan dan amaran banjir yang berkesan dan penaiktarafannya secara berterusan.

  4. Bagi penyelesaian jangka masa panjang,  JPS telah melaksanakan projek-projek rancangan tebatan banjir yang merangkumi kerja pengorekan sungai dan muara, pelebaran sungai, penaiktarafan sungai, pembinaan pintu-pintu kawalan banjir dan kolam-kolam takungan telah dilaksanakan manakala beberapa lagi masih dalam fasa pembinaan.

  5. Status semasa projek-projek tebatan banjir di Negeri Sabah adalah 4 projek dalam pra pelaksanaan, 9 projek dalam pelaksanaan dan 3 projek pasca pelaksanaan. Senarai projek seperti berikut:

Projek rancangan tebatan banjir yang sedang dilaksanakan di tapak (Dalam Pelaksanaan) :

  1. Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog Negeri Sabah (Pakej 1 dan Pakej 3);

  2. RTB Sungai Tawau, Lembangan Sungai Tawau, Sabah (Fasa 1A);

  3. RTB Sungai Anip, Lembangan Sungai Anip, Sandakan, Sabah;

  4. RTB Sungai Ketiau, Putatan, Sabah;

  5. RTB Sungai Pancuran, Lembangan Sungai Sepagaya, Lahad Datu, Sabah;

  6. RTB  Sungai Rampayan, Lembangan  Sungai Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah;

  7. RTB Bandar  Sierra, Lembangan Sungai Telipok, Kota Kinabalu, Sabah;

  8. RTB Persekitaran Kawasan Lido Bandaraya Kota Kinabalu Sabah; dan

  9. RTB Sungai Damai, Basin 8, Sabah;

Projek rancangan tebatan banjir yang telah siap dilaksanakan sejak tahun 2022 (Pasca Pelaksanaan):

  1. RTB Sungai Gurong-Gurong Lembangan Sungai Gurong Gurong Pekan Kota Belud;

  2. RTB Sungai Tebongon (Kampung Teguli), Putatan, Sabah; dan

  3. RTB Sungai Kedamaian/ Sungai Tempasuk/ Sungai Abai & Sungai Kawang-Kawang, Kota Belud, Sabah;

Projek rancangan tebatan banjir (Pra Pelaksanaan):

  1. Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Sungai Kudat, Sabah;

  2. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Damai, Basin 8, Sabah; dan

  3. Pembangunan Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Sungai Membakut, Sabah.

  1. JPS juga melaksanakan enam (6) kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk Negeri Sabah. PISMA adalah satu dokumen pelan induk yang mematuhi konsep Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). Penyediaan PISMA ini adalah penting sebagai panduan dan rujukan bagi PBT, pemaju dan mana-mana pihak yang berkaitan untuk menaiktaraf, membina sistem saliran serta merancang pembangunan masa hadapan yang lebih terancang, sistematik dan mapan bagi mengurangkan risiko banjir kilat dan mengawal pencemaran akibat pembangunan.

  2. Bagi Negeri Sabah, empat (4) kajian PISMA telah disiapkan iaitu:

    1. PISMA Bandar Menggatal, Telipok dan Tuaran (2010);

    2. PISMA Bandar Tawau (2010); 

    3. PISMA Lahad Datu (2023);  dan 

    4. PISMA Putatan dan Kinarut (2023). 

  3. Manakala dua (2) lagi PISMA dalam proses pelaksanaan iaitu:

  1. PISMA Sandakan. Kajian dalam status penyediaan deraf laporan akhir dan dijangka siap pada akhir tahun 2023.

  2. PISMA Pekan Tuaran. Kajian dalam proses perolehan data Light Detection and Ranging (LIDAR).

Sekian, terima kasih.​

Attachments