Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

22 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

50

Soalan

Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan jumlah penjimatan berikutan pelaksanaan subsidi bersasar bil elektrik, dan jumlah akaun pengguna yang terkesan mengikut kategori industri dan domestik, serta negeri.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1.        Bagi tempoh Januari hingga Jun 2023, Kerajaan telah membuat penjimatan sebanyak RM4.5 bilion kerana telah melepaskan sebahagian besar kos surcaj Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) kepada pengguna bukan domestik kategori voltan sederhana (Medium Voltage – MV) dan voltan tinggi (High Voltage – HV) berbanding surcaj yang dinikmati sebelum tempoh tersebut. Manakala, Kerajaan telah membuat penjimatan sebanyak RM126 juta bagi tempoh Julai hingga Disember 2023 kerana telah melepaskan surcaj ICPT pada kadar 10 sen/kWj kepada pengguna domestik dengan penggunaan elektrik bulanan yang tinggi iaitu melebihi 1,500 kWj. Secara keseluruhannya, Kerajaan dapat menjimatkan peruntukan subsidi elektrik sebanyak RM4.6 bilion melalui pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sepanjang tahun 2023.

2.        Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, jumlah akaun yang terkesan dengan pelaksanaan ICPT sepanjang tahun 2023 adalah sejumlah 89,916 akaun. Daripada jumlah tersebut, pengguna kategori domestik iaitu penggunaan bulanan melebihi 1500 kWj adalah sebanyak 82,175 akaun berdasarkan data sehingga Ogos 2023. Pecahan mengikut negeri pula adalah tertinggi bagi Selangor dengan jumlah sebanyak 27,676 akaun, diikuti dengan Kuala Lumpur sebanyak 21,848 akaun, Johor sebanyak 9,317 akaun, Pulau Pinang sebanyak 5,448 akaun, Perak sebanyak 3,093 akaun, Kedah sebanyak 2,848 akaun, Kelantan sebanyak 2,585 akaun, Negeri Sembilan sebanyak 2,381 akaun, Pahang sebanyak 2,249 akaun, Melaka sebanyak 1,889 akaun, Terengganu sebanyak 1,567 akaun, Putrajaya sebanyak 925 akaun dan Perlis sebanyak 349 akaun.

3.        Selain itu, pengguna kategori komersial MV yang terkesan lanjutan daripada surcaj ICPT iaitu 20 sen/kWj bagi tempoh Januari hingga Jun 2023 dan 17 sen/kWj bagi tempoh Julai hingga Disember 2023 adalah sebanyak 3,659 akaun bagi kategori C1 iaitu MV General Commercial Tariff dan 546 akaun bagi kategori C2 iaitu MV Peak/Off-Peak Commercial Tariff. 

4.        Manakala, pengguna kategori industri MV yang terkesan lanjutan pelaksanaan surcaj ICPT iaitu 20 sen/kWj bagi tempoh Januari hingga Jun 2023 dan 17 sen/kWj bagi tempoh Julai hingga Disember 2023 pula adalah sebanyak 748 akaun bagi kategori E1 iaitu MV General Industrial Tariff dan 2,732 akaun bagi kategori E2 iaitu MV Peak/Off-Peak Industrial Tariff. Selain itu, sebanyak 56 akaun kategori E3 iaitu HV Peak/Off-Peak Industrial Tariff turut terkesan dengan pelaksanaan surcaj ICPT tersebut.

 Sekian, terima kasih.

Attachments