Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

28 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

1

Soalan

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan jumlah dan perincian terbaharu pelaburan langsung asing dalam sektor Tenaga Boleh Baharu bagi menjayakan National Energy Transition Roadmap (NETR).

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semakan dokumen NETR yang diterbitkan Kementerian Ekonomi menunjukkan bahawa jumlah pelaburan yang diperlukan bagi menjayakan hasrat pelan hala tuju tersebut adalah berjumlah RM1.2 trilion sehingga tahun 2050, yang mana pelaburan yang dikhususkan bagi bidang Tenaga Boleh Baharu dianggarkan berjumlah RM445 billion sehingga tahun 2050. 


Buat masa ini, kesemua program khususnya inisiatif flagship di bawah NETR masih di peringkat perancangan dan sedang dimuktamadkan sebelum pihak pemegang taruh berkenaan memeterai perjanjian. Pelaksanaan dan pencapaian kesemua program dan inisiatif NETR ini akan dilaporkan dan dipantau oleh Jawatankuasa Peralihan Tenaga Kebangsaan (National Committee on Energy Transition - NCET) yang dipengerusikan oleh YB Menteri Ekonomi.


Sekian, terima kasih.​

Attachments