Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

28 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

7

Soalan

Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan menyatakan status terkini rangka undang-undang Third-Party-Access (TPA) bekalan elektrik dan bilakah Kementerian akan membentangkannya di Parlimen.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, 



  1. Berhubung status terkini Akses Pihak Ketiga (Third Party Access - TPA) dalam industri bekalan elektrik, pihak Kementerian pada masa ini akan meneruskan dan menambahbaik pelaksanaan Corporate Green Power Programme (CGPP), yang merupakan salah satu kaedah pelaksanaan model TPA, bagi membolehkan kemasukan lebih banyak kapasiti tenaga boleh baharu (TBB), selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan kapasiti terpasang TBB kepada 70% menjelang tahun 2050.


  1. Kerajaan akan membangunkan kaedah pelaksanaan TPA yang sesuai dan terangkum, selaras dengan usaha pembaharuan tarif (tariff reform exercise) pada tahun 2025 serta pengukuhan kerangka regulatori dan mekanisme pengoperasiannya bagi menyokong pelaksanaan TPA. Usaha ini akan membolehkan capaian bekalan elektrik hijau yang lebih mudah kepada syarikat korporat dan perniagaan yang ingin mengurangkan jejak karbon operasi serta memenuhi komitmen Environmental, Social and Governance (ESG) masing-masing.


Sekian, terima kasih.​

Attachments