Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

28 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

17

Soalan

Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI SUMBER ASLI,ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan secara terperinci :-

a) berapa peratusan Air Tidak Terhasil (NRW) yang direkodkan di Sabah dan Sandakan; dan

b) berapa banyak kos yang telah diperuntukkan oleh Kementerian untuk mengatasi isu NRW yang tinggi di Sabah dan Sandakan.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Kadar Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water - NRW) yang direkodkan di seluruh Negeri Sabah pada tahun 2022 adalah 55% manakala kadar NRW di Daerah Sandakan adalah 57%.


  1.  Bagi membantu mengurangkan NRW di Negeri Sabah dan Daerah Sandakan, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pinjaman persekutuan dan geran sejak Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) sehingga kini seperti berikut:


  1. Di bawah RMKe-8, sebanyak RM35 juta secara pinjaman persekutuan diperuntukkan bagi Projek NRW Sandakan Fasa I;


  1. Di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9), sebanyak RM185 juta secara pinjaman persekutuan diperuntukkan bagi membiayai projek-projek NRW Negeri Sabah seperti berikut:

    1. Projek Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Terhasil Sabah Fasa II – Daerah Sandakan (RM20 juta);

    2. Projek Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Terhasil Sabah Fasa I & II – Daerah Lahad Datu (RM50 juta);

    3. Projek Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Terhasil Sabah Fasa I & II – Daerah Tawau (RM55 juta);

    4. Projek Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Terhasil Sabah Fasa I & II – Daerah Kota Kinabalu (RM50 juta); dan

    5. Projek Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Terhasil Sabah Fasa 1 - Daerah Semporna (RM10 juta).

 

  1. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), sebanyak RM78 juta secara pinjaman persekutuan diperuntukkan bagi Projek Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Terhasil Sabah Fasa III & IV – Daerah Kota Kinabalu.

 

  1. Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) hingga RMKe-12, Kementerian telah melaksanakan projek NRW Nasional Pendekatan 1 - Daerah Kota Marudu (Projek Perintis) dengan kos sebanyak RM20.45 juta secara geran. Projek NRW Nasional Pendekatan 1 Negeri Sabah - Pakej 1, Pakej 2 dan Pakej 3 sedang dilaksanakan dengan kos RM87.21 juta dan dijangka siap secara berperingkat pada suku keempat tahun 2023.

 

Sekian, terima kasih.​

Attachments