Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

28 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Mineral, Geosains

Nombor Soalan

24

Soalan

Dato' Azman bin Nasrudin [ Padang Serai ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan Malaysia telah diketahui umum sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber asli nadir bumi. Mengikut kajian Jabatan Mineral dan Geosains, Pusat Tenaga Atom dan Pusat Nuklear Malaysia, adakah nadir bumi yang terdapat di Malaysia mempunyai kesan radioaktif yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Sumber bagi unsur nadir bumi (rare earth element - REE) boleh dibahagikan kepada sumber yang diperolehi daripada mineral dan sumber diperolehi daripada lempung jerapan ion (ion-adsorption clay - IAC). Sumber REE yang diperolehi daripada mineral seperti mineral bastnasite, monazite dan xenotime dikaitkan dengan kandungan radioaktiviti.


  1. Perlombongan REE yang dibenarkan di Malaysia pada masa ini adalah perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) daripada sumber IAC. Bagi  perlombongan NR-REE, tiada bahan radioaktif yang akan terhasil memandangkan tahap kepekatan radioaktiviti semula jadinya tidak melebihi 1.0 Becquerel per gram (Bq/g) atau masing-masing 246.5 part per milion (ppm) torium atau 80.9 ppm uranium atau 10 Bq/g kalium, sebagaimana ditetapkan di bawah Jadual Kedua, Peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Pengurusan Sisa Radioaktif) 2011.


  1. Bahan radioaktif dalam keadaan semula jadi (naturally occuring radioactive mineral - NORM) yang tidak mengandungi jumlah radionuklid yang ketara, wujud secara semula jadi. Kepekatan NORM berbeza-beza secara meluas dan biasanya rendah dalam tanah liat.


  1. Sehubungan itu, sumber NR-REE yang diekstrak dengan menggunakan kaedah ISL adalah lebih selamat kerana unsur di dalamnya mematuhi nilai yang telah ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Atom, iaitu jika nilai kandungan radioaktif tidak melebihi 1 Becquerel per gram (1 Bq/g). Oleh yang demikian, ianya dikategorikan sebagai tidak merbahaya dan tidak dikawal oleh Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 serta tidak memberi impak negatif terhadap manusia dan alam sekitar.

 

Sekian, terima kasih.



Attachments