Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

28 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Mineral, Geosains

Nombor Soalan

26

Soalan

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-

a) komitmen Kementerian dalam memastikan eksploitasi nadir bumi ini selamat dan terjaga flora dan fauna negara ini

terutamanya di Jerantut; dan

b) senarai lombongan haram nadir bumi yang telah dikenalpasti oleh pihak Kementerian.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. komitmen Kementerian dalam memastikan eksploitasi nadir  bumi ini selamat dan terjaga flora dan fauna negara ini terutamanya di Jerantut;

 

  1. Setakat ini, tiada sebarang kelulusan tenemen mineral dan aktiviti perlombongan NR-REE di Daerah Jerantut, Pahang. SOP Perlombongan NR-REE di Malaysia adalah satu komitmen Kementerian dalam memastikan eksploitasi NR-REE di Malaysia dijalankan secara lestari dan tidak memberikan impak ketara kepada persekitaran. SOP ini menekankan perkara-perkara penting yang sering menimbulkan kegusaran mengenai kesan aktiviti perlombongan kepada alam sekitar serta ekosistem biodiversiti.


  1. Kaedah perlombongan NR-REE yang dibenarkan di dalam SOP adalah menggunakan kaedah in-situ leaching (ISL) sahaja. Kaedah ini tidak memberikan impak besar terhadap alam sekitar. Ini kerana aktiviti pembukaan tanah adalah minimum dan hanya bagi tujuan penyediaan tapak loji hidrometalurgi dan fasiliti lain seperti laluan akses, serta saliran dan kolam pengumpulan NR-REE sahaja. Penggunaan kaedah ini tidak melibatkan penebangan dalam skala yang besar dan pengorekan keluar tanah beban dan tanah berbijih seperti mana kaedah perlombongan konvensional.


  1. Kaedah ISL hanya dibenarkan dilaksanakan pada aras yang lebih tinggi daripada aras air tanah (water table) dan di kawasan yang mempunyai kecerunan. Ia bertujuan untuk mengelakkan pencemaran air tanah supaya proses larutresap boleh berlaku dalam keadaan efektif. Ia juga bagi mengelakkan air bawah tanah daripada tercemar.


  1. Penggunaan ammonium sulfat sebagai agen pelarutresap juga tidak mendatangkan sebarang kesan negatif ke atas tumbuhan pada masa ini. Sebagai contoh, kerja penorehan getah masih dilaksanakan di kawasan aktiviti perlombongan NR-REE yang dijalankan di tapak projek perintis di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak sehingga kini.

 

(b)          senarai lombong haram nadir bumi yang telah dikenalpasti oleh pihak Kementerian


5.              Pada masa ini, aktiviti perlombongan haram telah dikenal pasti di beberapa lokasi di Negeri Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan.

 

Sekian, terima kasih.



Attachments