Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

28 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Perubahan Iklim

Nombor Soalan

33

Soalan

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya [ Putatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan dapatan hasil Data Bank Dunia 2023, negara-negara maju telah mula menguatkuasakan Carbon Pricing Policy untuk mengawal aktiviti ekonomi yang mencemarkan alam sekitar. Majoriti negara-negara membangun seperti Malaysia sebagai negara yang mempunyai hasil eksport yang tinggi, masih belum menguatkuasakan Carbon Pricing Policy. Apakah perancangan Malaysia dalam agenda carbon neutral growth.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia sebagai negara yang progresif terhadap perubahan iklim sentiasa peka terhadap perkembangan instrumen kewangan yang boleh membantu mengurangkan pelepasan GHG. Kementerian Kewangan (MOF) dengan kerjasama World Bank Group (WBG) serta kementerian dan agensi berkaitan sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan mekanisme penetapan harga karbon [Partnership for Market Implementation (PMI) and PMI Readiness Support Plan (RSP)] di Malaysia. Hasil kajian tersebut akan melihat kepada keseluruhan mekanisme penetapan harga karbon (carbon pricing) termasuklah Cukai Karbon dan Skim Perdagangan Karbon (emission trading scheme - ETS) yang boleh dilaksanakan di Malaysia. Kajian tersebut dijangka akan tamat pada 2025. 


2. Selain itu, Kerajaan juga sedang membangunkan dasar bagi mengoperasikan mekanisme pasaran karbon di bawah Artikel 6, Perjanjian Paris. Pembangunan dasar ini adalah bertujuan untuk menyokong usaha bagi memenuhi obligasi dan komitmen Malaysia di bawah UNFCCC dan Perjanjian Paris serta menyokong agenda kemampanan dan pembangunan rendah karbon.


Sekian, terima kasih.​

Attachments