Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

28 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

40

Soalan

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-


a) Jumlah premis kediaman yang memasang solar panel di bawah Skim Permeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0 Rakyat; dan


b) usaha Kementerian dalam menggalakkan lebih ramai pengguna untuk menyambut inisiatif NEM yang boleh memberi penjimatan dan kecekapan tenaga kepada pengguna.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Sehingga kini, jumlah premis kediaman yang telah mempunyai pemasangan sistem solar PV di bawah Program NEM 3.0 kategori NEM Rakyat adalah sebanyak 14,419 buah rumah dengan kapasiti terpasang sebanyak 103.8MW.


  1. Bagi menggalakkan lebih ramai pengguna menyertai program NEM, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui agensinya SEDA Malaysia telah melaksanakan pelbagai program promosi dan hebahan melalui saluran berikut:


  1. saluran media perdana

  2. media sosial

  3. penyertaan jerayawara


Sekian, terima kasih. ​

Attachments