Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

28 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

50

Soalan

Tuan Zakri bin Hassan [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah terdapat usaha-usaha untuk menggantikan paip air di Perlis memandangkan kadar kehilangan air begitu banyak melalui paip-paip yang bocor.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Kementerian telah melaksanakan Program Pengurangan Kadar Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water – NRW) Kebangsaan di Negeri Perlis sejak RMKe-11, melibatkan peruntukan geran sebanyak RM50.79 juta. Program ini telah siap sepenuhnya pada 15 Disember 2022.


  1. Pada tahun ini, Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. (SAP) juga melaksanakan penggantian paip bagi menangani masalah NRW di Negeri Perlis melalui peruntukan Kerajaan Negeri yang melibatkan 11 buah kampung berjumlah RM1.3 juta. Untuk perancangan tahun 2024 pula, SAP telah memohon peruntukan berjumlah RM26 juta daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Kerajaan Negeri Perlis dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk pelaksanaan projek melibatkan penggantian dan pemasangan paip baru termasuk paip jenis Asbestos Cement (AC) yang telah uzur di 18 buah kampung serta menaiktaraf sistem retikulasi dan sistem pam.


  1. Memandangkan Program NRW Pendekatan 1 Negeri Perlis telah siap, operator air Negeri Perlis layak menyertai Program NRW Pendekatan 2 yang merangkumi skop penggantian paip, pengesanan dan pembaikan kebocoran serta pembentukan Pressure Management Area (PMA). Kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah RM1.371 billion di bawah Program NRW Pendekatan 2. Sekiranya pencapaian sasaran penurunan NRW tahun semasa disahkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), peruntukan secara imbuhan balik (reimbursable) akan disalurkan kepada operator air pada tahun kewangan berikutnya.


Sekian, terima kasih.​

Attachments