Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

30 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

11

Soalan

Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan dasar Kerajaan untuk menggalakkan penjanaan tenaga boleh baharu dan apakah ganjaran kepada negeri Sarawak atas usaha dan sumbangannya dalam bidang itu.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


1. Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, untuk menggalakkan penjanaan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB), Kerajaan telah menetapkan komitmen dasar untuk meningkatkan campuran kapasiti TBB  secara berperingkat iaitu 31% pada tahun 2025, 40% pada tahun 2035 dan 70% menjelang tahun 2050. 


2. Komitmen ini disokong oleh pelaksanaan program-program pembangunan TBB seperti  Feed-in Tariff, Net Energy Metering, Corporate Green Power Programme, SelCo for Solar Rooftop dan Large Scale Solar Programme.


3. Mengenai isu ganjaran kepada negeri Sarawak atas usaha dan sumbangannya dalam pembangunan TBB ini, perkara ini tidak pernah ditimbulkan kerana tumpuan Kerajaan dalam aspek pembekalan elektrik adalah untuk memastikan supaya bekalan elektrik kepada rakyat adalah berdaya harap, mampu bayar dan lestari. 


Sekian, terima kasih.



Attachments