Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

30 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Mineral, Geosains, Air

Nombor Soalan

16

Soalan

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [ Hulu Selangor ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk menyediakan Sistem Amaran Banjir Kepala Air (SABKA) di lokasi berisiko tinggi di seluruh Malaysia khususnya di Hulu Selangor.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

 

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam usaha mengurangkan risiko kejadian kepala air, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membina Struktur Sabo. Struktur Sabo ini merupakan satu kaedah kejuruteraan untuk mengurangkan risiko kejadian kepala air, mengawal aliran kayu, batu dan sedimen, dan menstabil tebing dan dasar sungai dari kawasan tanah tinggi seterusnya melindungi manusia, infrastruktur dan ekosistem sungai terutamanya di hilir dari ancaman bencana hakisan dan endapan.


2. Ini adalah satu pendekatan yang penting dalam pengurusan banjir puing kerana banjir ini boleh merosakkan kawasan sekitar sungai, menyebabkan kemusnahan harta benda dan membahayakan nyawa manusia. Dengan pembinaan Sabo pengurusan banjir puing dapat ditingkatkan dan risiko kerosakan yang disebabkan oleh banjir puing dapat dikurangkan dengan lebih berkesan.


3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi Pembinaan Infrastruktur Sabo di Negeri Selangor meliputi skop utama kajian dan rekabentuk, pengaluran sungai, penstabilan tebing sungai termasuk Sistem Amaran Banjir Kepala Air (SABKA) akan dimohon semula di dalam permohonan projek Rolling Plan seterusnya.


Sekian, terima kasih. ​

Attachments