Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

30 November 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

23

Soalan

Tuan Chow Kon Yeow [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan sama ada baraj baru di Mak Mandin Ampang Jajar, Sungai Perai negeri Pulau Pinang akan dibina yang mana juga turut berperanan membantu mengelak (saline intrusion) daripada memasuki muka sauk di sungai berkaitan. Jelaskan juga sama ada Kementerian mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk membina Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dalam membekalkan sebuah takungan air mentah simpanan untuk kegunaan pada musim kemarau atau tempoh kecemasan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

 

  1. Untuk makluman Yang Berhormat, tiada sebarang permohonan rasmi berkaitan projek baraj baru di Mak Mandin Ampang Jajar, Sungai Perai negeri Pulau Pinang diterima oleh Bahagian Bekalan Air (BBA), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.   


  1. Merujuk kepada perancangan akan datang bagi Pulau Pinang, dimaklumkan bahawa di bawah Rolling Plan keempat, Rancangan Malaysia ke-12 (RP4 RMKe-12), Kajian Pembangunan Sumber Air Mentah dari Lembangan Sungai Kerian Termasuk Kebolehlaksanaan Pembesaran Empangan Bukit Panchor, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang telah diluluskan dengan peruntukan secara geran sebanyak RM3 juta.


  1. Kementerian mengalu-alukan Kerajaan Negeri untuk mengemukakan permohonan projek sumber bagi bekalan air untuk Rolling Plan yang akan datang menerusi Bahagian Bekalan Air untuk diteliti. Projek yang telah dikenal pasti kemudian akan diangkat kepada Kementerian Ekonomi untuk pertimbangan.

 

Sekian, terima kasih.​

Attachments