Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

31

Soalan

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan terkini bagi projek tebatan banjir di Parlimen Maran yang sebelum ini telah diluluskan dan bilakah kerja-kerja akan dimulakan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Tebatan Banjir Bandar Maran Fasa 1 ini telah bermula pada 05 Disember 2022 dan jangka siap pada Jun 2024. Peratus kemajuan projek ini sehingga bulan September 2023 adalah 45%.


Sekian, terima kasih.​

Attachments