Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

33

Soalan

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam menangani isu kekerapan ketiadaan air terutamanya di kawasan Parlimen Maran dan mengapakah ianya kerap terjadi kebelakangan ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) sentiasa komited dan prihatin dalam mengatasi isu gangguan bekalan air di daerah Maran, Pahang. Antara punca berlakunya gangguan ini adalah disebabkan oleh masalah pada sistem agihan bekalan air yang diterima daripada lapan (8) buah Loji Rawatan Air (LRA) di daerah Maran.


Bagi mengatasi masalah ini, operator air negeri iaitu Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) telah melaksanakan beberapa projek pembaikan dan menaiktaraf sistem agihan dalam daerah Maran di bawah Tempoh Operasi Keempat (OP4) dengan kos keseluruhan berjumlah RM45.36 juta seperti berikut:


Bil.

Projek

Kos Projek (RM Juta)

Status Projek

 


 


1.

Kerja - Kerja Naiktaraf Sistem Elektrikal (Motor dan Variable Speed Drive -VSD) Di Rumah Pam Air Bersih Loji Air Jengka Utama

3

Proses lantikan perunding

 


2.

Merekabentuk, Membina, Menyiapkan dan Menauliah Sebuah Rumah Pam Penggalak Serta Pemasangan Paip Untuk Kawasan Pekan Awah Daerah Maran, Pahang Darul Makmur

5.2

Pelaksanaan

(Jadual:22%/

Sebenar:11%)

 


3.

Kerja-Kerja NRW Penggantian Paip Dari Simpang Senggora Ke Kg. Lubuk Paku Daerah Maran

8

Proses lantikan perunding

 


4.

Kerja-Kerja NRW Penggantian Paip Dari Simpang Ulu Jempul Ke Hadapan Loji Ulu Jempul

2

Proses lantikan perunding

 


5.

Kerja-Kerja NRW Penggantian Paip Dari Jambatan Sg. Luit Hingga Ke Simpang Ulu Luit, Daerah Maran

3

Proses lantikan perunding

 


6.

Kerja-Kerja NRW Penggantian Paip (Jajaran Paip Pengepaman) Dari Rumah Pam Loji Chenor Ke Tangki Panchor, Daerah Maran

2.5

Proses lantikan perunding

 


7.

Kerja-Kerja NRW Penggantian Paip Di Dalam Kawasan Kg. Pejing

1.5

Proses lantikan perunding

 


8.

Cadangan Projek Pemasangan Paip Dari LRA Pekan Tajau Ke Sri Jaya, Maran sepanjang 15 km

19.76

Peringkat perolehan

 


9.

Kerja-Kerja NRW Penggantian Paip (Jajaran Paip Pengepaman) Dari Rumah Pam Loji Chenor Ke Tangki Kening, Daerah Maran

0.4

Pelaksanaan

(Jadual:2%/

Sebenar: 2%)

 


Jumlah

RM45.36 Juta

 



Sekian, terima kasih.​

Attachments