Pertanyaan | Bukan Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 2 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | | Tahun Persidangan | 2023 | Kategori | Tenaga | Nombor Soalan | 52 | Soalan | Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [ Pekan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan statistik terkini penggunaan solar bagi kegunaan domestik dan juga industri. Nyatakan juga sejauh manakah penggunaan solar yang semakin meluas dalam membantu mengurangkan jejak karbon.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Statistik terkini bagi penjanaan tenaga dari sumber solar adalah sejumlah berjumlah 2.657GW telah beroperasi yang mana 2.392GW kapasiti adalah dari kategori domestik dan industri. Pecahan kapasiti tersebut mengikut program adalah seperti berikut:
9,794 projek dengan kapasiti 313.264MW (69.344 kapasiti dari pengguna domestik dan 243.92MW kapasiti dari gabungan komersil dan industri) telah beroperasi dibawah mekanisme FIT. 15,304 projek dengan kapasiti 587.57MW (100.66MW kapasiti dari pengguna domestik dan 486.91MW kapasiti dari industri) telah beroperasi di bawah mekanisme NEM. 1,492.12MW projek solar dari program LSS 1-4 (kategori industri).
Berdasarkan projek solar yang sedang beroperasi, berjumlah 2,657 MW bersamaan 7% dalam kapasiti campuran tenaga yang telah menyumbang pengurangan karbon (CO2) sebanyak 2037 ton setahun.
Sekian, terima kasih. | Attachments |
|
|