Pertanyaan | Bukan Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 2 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | | Tahun Persidangan | 2023 | Kategori | Air | Nombor Soalan | 94 | Soalan | Tuan Chow Kon Yeow [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status permohonan mitigasi jangka masa panjang untuk membaik pulih hakisan di pantai Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Pada masa sama, adakah Kementerian akan melaksanakan kerja-kerja pengorekan dan pendalaman sungai-sungai utama serta muara sungai antaranya Sungai Pinang, Sungai Jawi, Sungai Juru dan Sungai Perai termasuk borrow pit di Pulau Pinang bagi melancarkan aliran air ke laut.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JPS Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan kerja-kerja mencegah hakisan pantai melibatkan kerja-kerja pembaikan sementara hakisan pantai sepanjang 242 meter di kawasan berhampiran Golden Sand Hotel, Batu Ferringhi, Pulau Pinang dengan kos berjumlah RM1 juta menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri. Pada tahun 2023, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan sejumlah RM657 ribu bagi melaksanakan kerja-kerja Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir di Sungai Juru, Sungai Pinang dan Sungai Perai.
Sekian, terima kasih. | Attachments |
|
|