Pertanyaan | Bukan Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 2 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | | Tahun Persidangan | 2023 | Kategori | Air | Nombor Soalan | 146 | Soalan | Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status terkini Empangan Chereh di Kuantan yang dilaporkan pecah pada November 2021, dan berapa kos baik pulih yang telah diluluskan.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, status terkini Kerja-Kerja Pembaikan Runtuhan Tebing di Empangan, Jambatan dan Jalan Masuk Ke Empangan Chereh, Kuantan adalah dalam peringkat perolehan. Projek ini dijadualkan mula pada November 2023 dan dijangka siap pada Mei 2026. Kos siling yang diluluskan bagi projek ini berjumlah RM31,450,000.00.
Sekian, terima kasih.
| Attachments |
|
|